F.A.Q
Siapa yang akan merawat saya?
Klinik ini dimiliki oleh Dr Khoirulzariah Ismail (DDS, USM, MClinDent Orthodontics UCL, UK, M Orth RCS Edinburgh) dan dibuka khusus untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah berkaitan ortodontik atau secara umum dikenali sebagai rawatan braces. Doktor pakar kami mempunyai pengalaman lebih 14 tahun dalam bidang pergigian. Mendapat kelulusan ijazah pergigian daripada Universiti Sains Malaysia (2006), beliau seterusnya mendapat kelulusan sarjana kepakaran dalam bidang ortodontik dari University College London, United Kingdom pada 2014 dan turut menerima pengiktirafan Diploma of Membership in Orthodontics oleh Royal College of Surgeons of Edinburgh pada tahun 2015.
Boleh hadir terus ke klinik tanpa temujanji?
Sesi konsultasi / rawatan di klinik kami adalah melalui temujanji sahaja. Ini adalah penting bagi menjamin keselamatan, keselesaan dan kerahsiaan (privacy) semua pelanggan kami. Anda tidak perlu menunggu lama ketika hadir kerana setiap slot yang ditempah akan dikhususkan hanya untuk anda. Ini membolehkan Pakar kami menumpukan sepenuh perhatian kepada setiap pesakit yang datang bagi menjamin perkhidmatan rawatan yang berkualiti.
Berapakah kos rawatan?
Kos rawatan braces / rawatan ortodontik bergantung kepada kerumitan kes dan jenis braces yang digunakan. Dapatkan slot konsultasi di klinik kami bagi mendapatkan penjelasan kemudahan pelan pembayaran tanpa faedah yang disediakan. Kami menyediakan pakej pembayaran yang menarik untuk memudahkan anda mendapatkan rawatan ortodontik di klinik kami.