
Senyuman Menawan
Mempunyai senyuman menawan memberikan banyak kelebihan kepada diri anda. Senyuman menampilkan personaliti diri anda yang unik, membuatkan orang yang melihat merasa diri dihargai dan turut membuat mereka tersenyum juga!
Ada banyak sebab untuk anda tersenyum tetapi ramai juga yang kurang berkeyakinan kerana risau menampakkan keadaan / susunan gigi ketika tersenyum. Sekiranya anda mempunyai susunan gigi yang tidak teratur, gigitan yang janggal, gigi berlubang, anda mungkin tidak tersenyum ketika membaca artikel ini.
Klinik Pergigian Pakar Ortodontik Merbau mempunyai kepakaran untuk membantu anda. Rawatan ortodontik boleh membantu menyelesaikan masalah berikut:
-
Gigi berlapis
-
Gigi jarang
-
Jongang
-
Gigitan tidak bertemu
Kelebihan mempunyai gigi yang tersusun dan senyuman yang menawan:
-
Meningkatkan mutu kesihatan secara keseluruhan
-
Penampilan yang lebih menarik
-
Meningkatkan keyakinan diri
Senyuman yang menawan bermula dengan penjagaan dan perawatan kesihatan gigi secara profesional. Dapatkan pemeriksaan dan konsultasi rawatan “braces”/ortodontik anda dengan profesional yang berkelayakan. Ahli pasukan klinik kami terdiri daripada pengamal pergigian berlesen dan pakar profesional yang diiktiraf di dalam bidang pergigian ortodontik. Dapatkan temujanji konsultasi anda untuk penilaian dan berbincang dengan pakar kami.