top of page
Happy Circle

Ortodontik & Anak Anda

Masalah pergigian ortodontik yang tidak dikenalpasti dan dirawat dari awal boleh menjadi lebih teruk dan sukar dirawat apabila usia anak anda makin meningkat. Kegagalan mendapatkan konsultasi awal boleh menyebabkan kerosakan gigi, penyakit gusi, risiko gigi patah dan kerosakann tulang yang menyokong kedudukan gigi.


Ada beberapa perkara yang menentukan sama ada anak anda perlu mendapatkan rawatan ortodontik. Ibu & ayah perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan Pakar Ortodontik anda sekiranya ada salah satu daripada perkara ini yang berlaku pada anak anda:


  1. Kehilangan gigi susu lebih awal dari sepatutnya, selalunya disebabkan oleh karies gigi (kehilangan gigi susu sebelum umur 5 tahun)

  2. Mempunyai masalah menggigit makanan; gigi hadapan atas & bawah tidak bertemu apabila menggigit

  3. Anak sentiasa bernafas melalui mulut berbanding menggunakan hidung

  4. Anak tidur berdengkur

  5. Gigi jongang

  6. Usia melebihi 5 tahun tapi masih menghisap jari/botol susu/puting

  7. Gigi kekal tumbuh berlapis/senget

Boleh tak kalau saya tunggu sehingga semua gigi kekal tumbuh?

Seeloknya lebih awal pemeriksaan ortodontik dilakukan kerana ia membantu mencegah keperluan rawatan yang lebih rumit sekiranya didapati masalah susunan gigi anak anda adalah amat kompleks. Pemeriksaan ortodontik seawal umur 7 tahun membantu Pakar Ortodontik anda mendapatkan maklumat khusus berkenaan perkembangan gigi kekal yang bakal tumbuh serta pertumbuhan normal bentuk muka dan rahang anak anda. Sekiranya didapati ada masalah atau bakal menghadapi kelainan pada pertumbuhan gigi anak anda , langkah pencegahan atau pelan rawatan yang bersesuaian boleh dicadangkan.

Ortodontik & Anak Anda: Image
bottom of page