top of page
Gray Bubble Cycle Diagram Chart.png

Flow-chart memulakan rawatan

Prosedur mendapatkan rawatan bermula dengan temujanji konsultasi pertama untuk pemeriksaan awal dan pengambilan rekod (gambar, acuan gigi, dan x-ray) yang diperlukan untuk membantu membuat pelan rawatan yang bersesuaian. Temujanji kedua adalah untuk berbincang dengan lebih lanjut berkenaan pelan rawatan yang dicadangkan, kos dan risiko rawatan. Bagi kes yang tidak memerlukan cabutan gigi sebelum pemasangan braces , pemasangan boleh terus dilakukan pada hari yang sama sekiranya pelanggan bersetuju dan telah memberikan kebenaran rawatan. Setelah memakai braces, temujanji susulan akan diberikan (biasanya dalam lingkungan 4-8 minggu sekali) bergantung kepada keperluan rawatan sehingga selesai kes. Akhir sekali, setelah braces dibuka, anda perlu memakai sepasang retainer bagi mengekalkan perubahan yang dilakukan dengan braces.

bottom of page